Translate

Saturday, January 8, 2011

Apakah itu Penyambungan Bulu Mata?

Penyambungan bulu mata ini berbeza dengan bulu mata palsu kerana proses ini meyambungkan bulu mata kepada bulu mata asli satu persatu. Prosedur untuk menyambungkan bulu mata ini mengambil masa purata satu setengah jam sehingga 2 jam untuk satu set yang dianggarkan sebanyak 50-60 atau 30-80 bulu mata bagi satu mata. Jika dipakai dengan betu menggunakan gam cyanoakrilat, bulu mata ini direka untuk bersatu dengan bulu mata yang asli.

Pemeliharaan
Apakah itu touchup? Kebanyakan touchup adalah diantara 2 hingga 4 minggu. Touchup boleh dilakukan jika 50% atau kurang  penyambungan masih ada. Jika  anda menunggu lebih lama banyak penyambungan akan gugur dan pemakaian set penuh mungkin diperlukan. Ini kerana bulu mata manusia jatuh setiap 60 hingga 90 hari and sebahagian penyambungan setiap 2 hingga 3 minggu. Touchup berbeza antara individu dan bergantung kepada kitaran bulu mata asli anda dan juga bagaimana anda menjaga bulu mata anda. Jika anda menggunakan produk seperti DV Blooming Essence, DV Perfect Coating  dan  DV Glowing Mascara helaian akan tahan lebih lama dan lebih sihat.

No comments:

Post a Comment